Sabtu, 26 April 2008


Firman Allah SWT yang bermaksud

•“WAHAI SEKALIAN MANUSIA, MAKANLAH YANG HALAL LAGI BAIK DARI APA YANG TERDAPAT DI BUMI...”
(SURAH AL-BAQARAH: 168)
PERKATAAN ‘THOIYYIBAN’ BERMAKNA BAIK, DAN INI JUGA BERERTI MAKANAN ITU MESTILAH BAIK UNTUK DIMAKAN DAN DIPEROLEHI DARIPADA SUMBER YANG ASLI


“SESIAPA YANG BERWASPADA TERHADAP PERKARA-PERKARA YANG DIRAGUI, IA TELAH MEMELIHARA AGAMA DAN KEHORMATAN DIRINYA, DAN SESIAPA YANG AKUR DENGAN PERKARA-PERKARA YANG DIRAGUI, IA AKAN TUNDUK KEPADA PERKARA YANG DILARANG.”
•“MENURUT PERATURAN ASAS HUKUM SYARIAH ADALAH HARAM BAGI ORANG ISLAM MENGAMBIL MAKANAN ATAU MINUMAN YANG BOLEH MEMBAWA MAUT, SAMA ADA CEPAT ATAU LAMBAT, SEPERTI RACUN, ATAU SESUATU YANG MEMBAHAYAKAN, TERMASUK MAKAN DAN MINUM SECARA BERLEBIHAN SEHINGGA BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN.”

•JAUHI MAKANAN MERAGUKAN
DALAM KONTEKS AJARAN ISLAM, SETIAP INDIVIDU MUSLIM WAJIB MENYELIDIKI DAN PRIHATIN TERHADAP MAKANAN YANG AKAN DINIKMATI, BUKAN SETAKAT MAKANAN YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, MALAH JENIS MAKANAN YANG MENGANDUNGI BAHAN HARAM, YANG SEKALIGUS BOLEH MENJEJASKAN AQIDAH.


SESUATU MAKANAN DIKATAKAN HALAL JIKA....
•IA TIDAK MENGGANGGU FUNGSI NORMAL TUBUH DAN FIKIRAN
•IA BEBAS DARIPADA NAJIS DAN BUKAN PRODUK YANG DIPEROLEHI DARIPADA SUMBER BABI ATAU HAIWAN YANG TIDAK DISEMBELIH ATAU DIBURU MENGIKUT HUKUM SYARAK
•IA BEBAS DARIPADA PRODUK YANG DIAMBIL DARIPADA BABI DAN ANJING ATAU LAIN-LAIN BINATANG YANG HARAM

Kepentingan pemakanan dalam Islam

1-Halal-Guna,perkenal dan niagakan.(Semua bahan mentah dan ramuan yang terbabit dalam penghasilannya dalah halal.Selamat untuk akal dan tubuh badan,bebas`dari bahan mentah dan ramuan najis,tidak dr babi,anjing dan binatang najis,tidak diproses,disedia atau dikilang alat-alat yg tidak bebas dari benda najis.)
2-Haram-Jauhi sejauh-jauhnya Produk yang yang tidak diizinkan syarak untuk diguna atau dinikmati oleh umat Uslam khususnya.(datangkan mudharat tubuh,badan akal,guna bahan ramuan dianggap najis,ramuan dari binatang yg tak dibenarkan,binatang yg tak disembelih,dan cara pemprosesan yang melanggar kehendak syarak)
3-Syubhah-Diragui status samaada halal atau haram. Langkah yang terbaik adalah meninggalkannya.
Hadis nabi saw “sesiapa yang menjaga dirinya dari segala yang syubhat,sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya.Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah,kemungkinan ia terjatuh dalam perkara yang haram.

PRODUK-PRODUK DI PASARAN
Satu Cabaran Buat Ummah Ini
Pertama
Produk-produk yang memudharatkan kesihatan dan memusnahkan keharmonian tubuh
Kedua
Produk-produk yang haram,berunsur najis,syubhat dan amat meragukan.
Ketiga
Produk-produk yang menjadi tunjang ekonomi yahudi dan kuffar.


Realiti Hari Ini …Membujur Lalu Melintang Sapu…Terus Lalai…Akhirnya Menghadiahkan
•Kemusnahan aqidah-rapuh keyakinan kepada Allah dan agama
•Kehancuran akhlak-lahirlah manusia-manusia berperibadi binatang
•Ketandusan ilmu-bertebaranlah insan yang hidup tanpa pedoman