Khamis, 10 Julai 2008

kini KASTURI ASLI dari Kijang di Pasaran


PProduk terbaru buatan tangan umat Islam yang kini berada dipasaran, KASTURI ASLI yang dihasilkan dari sejenis haiwan iaitu KIJANG PUTIH, Kasturi ini terhasil dari badan haiwan tersebut seperti bunjut yang berbulu Kijang Puteh, Harga bunjut tersebut sekitar RM200 hingg RM850 sebiji(seperti di dalam gambar). haiwan ini hanya terdapat di negara sekitar Gunung Himalaya, sepertimana diceritakan dalam Kitab-kitab Fiqh, kasturi ini mempunyai banyak khasiat selain digunakan untuk wangian kegemaran antaranya, insyallah boleh mengelakan dari terkena angain ahamar (Bieznillah), lelah dan banyak lagi, boleh dibawa solat, tidak bernajis

KASTURI ASLI dihasilkan dari 4 warna dan 4 wangian yang berbeza citarasa(seperti dalam gambar). iaitu Kasturi Kijang (warna hitam kehijauan), Kasturi Mesir (warna merah), Kasturi Asli (warna kuning) dan Kasturi Puteh (White Musk) dijual pada harga pasaran sekitar RM10.00 hingga RM15.00 sebotol 50ml

Khasiat Kasturi

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-
1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim).
2) Kenenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).
sumber: Madrasah Darul Atiq. Indonesia.